Iklan

Iklan
» » » » » » Payudara Wanita Yang Besar Sebagai Pembunuh

Payu Dara Saya Boleh Membunuh

Los Angeles – “Payu dara saya boleh membunuh saya”. Itu luahan sesalan seorang pelakon filem lucah selepas menderita sejak berbelas tahun lalu apabila implan payu daranya membesar seperti belon.




Elizabeth Starr sudah menjalani 63 pembedahan untuk membetulkan payudaranya namun gagal membetulkan semula payu daranya.

Doktor kini mencadangkan agar dia menjalani pembedahan mastectomy bagi menyelamatkan nyawanya.

Namun ibu kepada dua anak ini berkata dia tidak boleh lagi melalui sekali lagi pembedahan kerana ia boleh menyebabkan risiko darah beku dan jangkitan.

Dia yang menyesal dengan perbuatannya menanam implan payu dara dalam usaha meningkatkan kariernya sebagai pelakon filem lucah, kini menyifatkan dirinya sebagai mangsa keadaan.

Dengan bayaran sebanyak £3,000, dia menjalani pembedahan 15 tahun lalu dengan menyuntik sintetik ke payu daranya bagi merangsang pengeluaran cecair.

Bagimanapun beberapa hari selepas itu, dia mula merasai kesannya apabila payu dara sebelah kanannya merah dan membengkak hinggakan menyebabkan dia berasa lemah.


“Pakar bedah kemudiannya membuang tisu yang menyebabkan jangkitan, namun jangkitan itu telah menyebabkan sebelah kanan payu dara saya berlubang. Sakitnya tidak dapat saya ceritakan,’’ katanya.

Dalam tempoh 15 tahun itu, dia sudah menghabiskan wang sebanyak £200,000 untuk pemulihan namun siri pembedahan yang dijalankan hanya mendatangkan keburukan.

Jelasnya, saki baki sintetik implan itu telah menyebabkan cecair bocor dan merebak ke sebelah lagi payu daranya menyebabkan ia membesar seperti belon.

“Sepanjang beberapa tahun ini, tisu di bahagian kanan payu dara saya telah mengalami kerosakan yang teruk.

“Malah salah satu pembedahan yang dilakukan adalah dengan mengambil otot-otot di belakang saya bagi menggantikan tisu yang rosak. Saya menghabiskan masa pemulihan dengan tangki oksigen dan hampir mati sebanyak tiga kali,’’ katanya.

About Admin

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply